Adakah harga termasuk tiket penerbangan antarabangsa?
Ya, semua harga yang tertera termasuk tiket penerbangan pergi & balik dari Kuala Lumpur.
Berapa kos tambahan untuk visa?
Semua destinasi ini memerlukan Visa Schengen. Caj visa: ± RM400–500 seorang Kami akan bantu uruskan proses permohonan
Boleh bawa kanak-kanak atau warga emas?
Ya, pakej ini sesuai untuk semua peringkat umur. Kanak-kanak berumur bawah 2 tahun (infant) biasanya hanya dikenakan caj tiket penerbangan. Warga emas dialu-alukan, tetapi perlu dalam keadaan sihat kerana perjalanan melibatkan banyak berjalan.
Bagaimana dengan makanan halal?
Kami akan sediakan makanan halal sepanjang perjalanan, sama ada di restoran halal, hotel, atau melalui catering. Di bandar yang kurang pilihan halal, makanan seafood/vegetarian akan disediakan.
Berapa lama perjalanan penerbangan?
Dari Kuala Lumpur ke Eropah Barat sekitar 13–15 jam termasuk transit. Untuk Iceland, sekitar 16–18 jam termasuk transit.
Bolehkah saya extend perjalanan sendiri?
Boleh, sila maklumkan semasa tempahan. Kami boleh bantu aturkan tiket balik mengikut tarikh pilihan anda (caj tambahan mungkin dikenakan).
Adakah ada bayaran deposit?
Ya. Untuk pengesahan tempat: Deposit: ± RM3,000–RM4,000 seorang Baki bayaran: Perlu dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas